N4has FRU: ‘Saya terg4mam bila tengok anggota-anggota bert1mpa dalam tr4k’ – Pegawai

IPOH: Kejadian kemalangan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan pegawai dan anggota Unit 5, Sungai Senam di sini.

Menurut Penolong Pegawai Penjaga Terup 5C, Inspektor Mohamad Helmi Ibrahim, ketika kejadian itu beliau menaiki van di belakang trak terbabit.

“Saya masa itu dalam konvoi saya berada dalam van, kenderaan yang keenam. Semuanya ada tujuh kenderaan, trak yang dalam kejadian itu nombor lima betul-betul depan van saya.

“Kami ditugaskan untuk Op Chariot pada 12 Mei jam 7 petang sehingga selesai jam 3 pagi, bila dah selesai kita berehat di IPD Hilir Perak kemudian 8.15 pagi kita naik lori bergerak jam 8.30 itu.

“Jam 8.50 pagi itu saya tak sedar apa, saya dengar pemandu van di sebelah menjerit Allahuakhbar!, saya tengok di depan lori bawa batu itu dah langgar trak kita,” kongsinya.

Kejadian sekelip mata

Sejurus kejadian, beliau bersama anggota-anggota Unit 5C yang menaiki kenderaan lain bergegas keluar dan cuba menyelamatkan rakan-rakan di dalam trak berkenaan.

Ketika berkongsi cerita bersama Buletin TV3, beliau tidak dapat menahan sebak mengenangkan keadaan mangsa-mangsa seperjuangnya ketika itu.

“Bila kita pergi tengok penumpang hadapan itu yang paling teruk Sarjan Kumar sebab dia dah tertimbus dengan batu.

“Jadi kita dah korek batu yang tertimpa nampak muka dia sahaja. Keadaan dia berdarah, kita nak tolong tak boleh sebab dia dah tersepit,” ujarnya dalam nada sebak.

Keadaan mangsa bertimpa-timpa

Kongsi Mohamad Helmi lagi, beliau tergamam dan kaku apabila melihat keadaan mangsa-mangsa yang bertimpa antara satu sama lain.

“Bila kita tolong dalam kabin belakang, kita angkat mangsa-mangsa ada cedera, ada sedar dan ada tak sedar.

“Masa itu saya (tergamam) tak boleh buat apa, kita tengok kawan baik sahabat kita, sama-sama main sukan dalam keadaan macam itu kita jadi kaku.

“Tapi kita semua anggota tolong, tengok dalam keadaan trak itu anggota di dalam jadi macam bertimpa sebab impak rempuhan.

“Mungkin mereka tercampak ke depan dan lori terbalik jadi dengan kelengkapan (untuk penugasan FRU) kita semua berlonggok,” katanya lagi.

Semua kerah tenaga sedaya mungkin

Berkongsi lanjut kata Mohamad Helmi, ketika itu kebanyakan anggota mengerah segala keringat mereka untuk membantu menyelamatkan mangsa.

“Masa itu saya jadi kaku, blur, jadi macam saya tak tahu fikir apa. Tengok dengan bawah lori darah pun dah banyak kami semua bergegas tolong.

“Niat hati nak tolong semua doakan semua selamat, tapi nak buat macam mana ada yang pergi,” katanya lagi.

Kenangan terakhir

Meskipun pahit untuk menerima perginya sembilan rakan seperjuangan serentak, baginya kenangan bersama mereka tidak akan dilupakan.

“Sangat banyak kenangan, sebab malam sebelum balik tu kita ada gurau senda masa rehat lepas tugas untuk hilangkan penat bertugas.

“Lagi-lagi arwah Koperal Amir dan Fozli, sempat lagi main bola tampar pagi tu sebelum kami bertolak.

“Setiap kali bertugas memang pagi kita bersukan, sama-sama main bola tampar, berlari, itu kenangan saya akan ingat. Sebab kita kerja satu pasukan, sebab itu kita rapat,” ujarnya lagi

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*