“Anak ‘Istimewa’ Allahyarham Sarjan Roslan belum sedar pemergian bapa”-Detik Detik ‘Anak Syurga’ Ini Menatap Wajah Arw4hBapa Nya KaliTerakhir

Anak istimewa Muhd Raqin Najmi, 13, mungkin tidak mengerti hidup. Tiada yang tahu apa di fikirannya. Apakah dia faham erti kehilangan tapi tidak mampu menzahirkan? Atau belum menyedari bahawa insan yang amat disayanginya telah pergi selama-lamanya.

Semua rahsia llahi.

Namun yang pasti bukan menjadi rahsia adalah dia kehilangan tempat mengadu dan bermanja.

Tragedi kemalangan melibatkan anggota Pasukan Simpanan

Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus – Sungai Lampam di Teluk Intan semalam telah merenggut nyawa sembilan anggota termasuk bapanya Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim.

Kakak ipar Allahyarham yang enggan dikenali berkata, Moha Roslan, 46, adalah seorang bapa penyayang dan sangat rapat dengan anak sulungnya itu selain dua lagi anaknya berusia sembilan dan enam tahun.

Muhd Raqin juga sangat rap-at dengan ayahnya dan lazimnya mereka akan tidur bersama.

Malam tadi peluang penghormatan terakhir di FRU Unit 5 Sungai Senam, diberikan sepenuhnya untuk Muhd Ragin menatap jenazah bapanya.

Semoga Muhd Raqin mampu mengerti yang hidup pasti mati, hanya kenangan indah jadi peneman hati.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*