
“Saya dah cuba segalanya, tapi Allah lebih tahu…”, itulah antara luahan penuh sebak pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, selepas terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut 15 nyawa, termasuk 14 pelajar UPSI.
Kemalangan berlaku di Jalan Jeli-Gerik awal pagi semalam, dan Amirul kini dirawat di Hospital Taiping, Perak.
“Brek tiba-tiba tak berfungsi”- Pemandu bas.

Menurut Amirul, semuanya berlaku terlalu pantas. Bas yang bertolak dari Terengganu dikatakan dalam keadaan baik sehinggalah sampai ke jambatan lintasan gajah di Gerik.
Ketika itu saya sudah cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas juga kosong menyebabkan semua tidak berfungsi termasuk brek tangan dan gear bas juga tidak boleh ditukar.
Seingat saya empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian berlaku. Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcam. Saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik.
Pemandu bas beri arahan cemas kepada penumpang sebelum terbalik…

Amirul turut menjerit memberi amaran kepada pelajar supaya bersiap sedia menghadapi apa yang bakal berlaku.
Saya jangka bas bergerak dalam keadaan brek tidak berfungsi sejauh lebih satu kilometer. Yang duduk belakang mungkin tak dengar, mereka sangka saya sedang marah.”
Dia juga menafikan dakwaan memandu laju kerana memang sudah biasa dengan laluan Jeli-Gerik.
“Saya menangis tengok keadaan mereka”- Pemandu bas.

Leave a Reply