
TELUK INTAN – Suasana sugul menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan, apabila semakin ramai ahli keluarga serta rakan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan pagi tadi, tiba untuk menunggu proses bedah siasat.
Tinjauan mendapati, ada antara mereka kelihatan menitiskan air mata malah ada juga yang meratapi pemergian insan tersayang secara tiba-tiba.
Selain itu, ramai juga dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan cuba menenangkan antara satu sama lain.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Bakri Zainal Abidin, yang mengesahkan setakat ini sembilan anggota FRU terkorban dalam tragedi menyayat hati itu.
Beliau turut mengesahkan lokasi kejadian itu bukanlah kawasan ‘hotspot’ kemalangan.

Leave a Reply