
KUALA LUMPUR: Penyanyi Sheqal menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban jam 12.31 tengah hari ini.
Berita pemergian penyanyi lagu Cinta Nusantara itu dimaklumkan isterinya, Normah Mohd Yusoff, 58, ketika dihubungi BH Online.

“Ya, arwah meninggal dunia di hospital. Tapi, arwah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan dengan tenang dan dalam tidur,” katanya dalam nada sebak.
Normah berkata, jenazah sedang diuruskan di hospital dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Raub, Pahang.

Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60, dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun lalu dan ditidurkan pada 6 Jun.
Menerusi perkahwinan dengan bekas isteri, Raja Ema, Sheqal dikurniakan dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al‑Kasyah.
Manakala perkahwinan dengan Norma dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani Shaharim, 20.

SEBELUM INI, KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi Sheqal iaitu Normah Mohd Yusoff, 58, mengharapkan kedua-dua anak suaminya bersama bekas isteri iaitu penyanyi dan pelakon, Raja Ema agar menziarah bapa mereka ketika hayatnya masih ada.
Normah ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah melihat mereka bertemu antara satu sama lain di mana-mana lokasi sejak berkahwin dengan penyanyi itu 25 tahun lalu.

Leave a Reply