
Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang hilang pada Isnin ditemukan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang Rabu.
Mayat kanak-kanak itu ditemukan di sebatang sungai di Kampung Kerila kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
TANAH MERAH: Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai, tujuh kilometer dari rumahnya.’
Difahamkan, mayat mangsa ditemui di kawasan muara sungai di Kampung Kerila kira-kira jam 4.20 petang.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada pihak polis mengenai perkembangan terkini ini.
Sebelum ini media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri hilang di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga di sini, selepas waktu maghrib pada Isnin.
sumber: kosmo
Leave a Reply