Reda lstri ‘Pergi’ selamanya saat melahirkn, Akhirnya suami buka cerita sbenar yg berlaku. Wajah tenang suami buat ramai sebak

SHAH ALAM – “Abang reda dan halalkan semuanya. Jangan lupa datang dalam mimpi anak-anak,”

Demikian ucapan terakhir seorang suami, Khairul Azhar Jainal Abidin, 27, kepada arwah isterinya, Ain Farhana Mohd Fadzli setelah beliau menerima ujian terbesar dalam hidupnya.

Ini kerana pasangan hidup Khairul Azhar itu meninggal dunia akibat komplikasi pendarahan di otak sejurus melahirkan anak kedua mereka di Hospital Shah Alam, di sini.

“Sebelum mengandung anak kedua, isteri saya pernah mengadu sakit kepala kerana migrain. Dia pernah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital tetapi tidak sempat untuk membuat imbasan tomografi berkomputer kerana disahkan mengandung

“Selama sembilan bulan kandungan kedua ini, rekod perubatan isteri tiada masalah. Sepatutnya, dia bersalin pada 17 Julai ini tetapi pada hari Jumaat, 11 Julai, dia mengadu pening kepala. Keesokan hari, saya bawa dia ke klinik dan doktor hanya berikan rawatan biasa.

“Pada petang Sabtu, isteri mengadu sakit kepala sekali lagi dan tiba-tiba dia diserang sawan. Ambulans datang untuk membawa isteri ke hospital terdekat. Pegawai perubatan yang buat pemeriksaan pada isteri beritahu bahawa tekanan darah isteri tinggi waktu itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Kata Khairul Azhar, disebabkan keadaan itu, doktor pakar meminta keizinan untuk membuat pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan bayi dan selepas sejam, anaknya selamat dilahirkan dan diletakkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal.

Menurutnya, isterinya pula kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi (HDU). Saya berjumpa isteri selepas itu dan berborak seperti biasa. Tekanan darahnya juga kembali normal.

Doktor memaklumkan Allahyarham Ain Farhana mengalami eclampsia dengan keputusan imbasan tomografi berkomputer menyatakan saluran darah di kepala isteri sudah bengkak.

“Doktor memberitahu Ain Farhana sepatutnya perlu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut, tetapi dia telah mengalami serangan sawan susulan ketika di dalam wad.

“Walaupun doktor pakar telah menjalankan pembedahan bagi membuang darah di kepala namun keadaan masih kritikal. Isteri tidak sedarkan diri ketika itu. Doktor beritahu tindak balas anak mata tidak berapa bagus. Ketika itu saya terduduk dan merasakan adakah ini tanda-tanda isteri akan meninggalkan saya?

 

“Tiga kali doktor membuat imbasan tomografi berkomputer. Keadaan otak isteri sudah dipenuhi darah. Peluang untuk isteri sembuh memang nipis. Pada hari Rabu, doktor mahu membuat ujian untuk memastikan sama ada isteri mengalami kelumpuhan otak atau pun tidak.

“Setelah tiga hari doktor bertungkus-lumus cuba menyelamatkan nyawa isteri saya, akhirnya dia meninggal dunia pada Khamis malam selepas doktor menghentikan bantuan oksigen. Saya reda dengan ujian ini,” ujarnya dengan nada sedih.

 

 

Sebelum ini, tular di sosial media video seorang suami membaca doa sebagai penghormatan terakhir kepada arwah isterinya sambil diiringi air mata.

Lebih menyedihkan, solat jenazah yang disempurnakan di Masjid Al-Falah, Kampung Idaman di Pelabuhan Klang merupakan tempat yang sama suami isteri ini diijabkabulkan.

Allahyarham Ain Farhana meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu Uthman Attaki, 2, dan bayi yang baru lahir, Helena Attiya

Sumber : SinarHarian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*