Orang Ramai Tak Putus-Putus Kunjungi Rumah & Pusara Nurly Shahirah.
Kubur arwah Nurly Sahirah sudah diletakkan tali pengadang oleh keluarganya.
Sebabnya ada segelintir yang datang ziarah membuat perkara pelik. Ambil tanah kubur masuk dalam poket, ada juga sapu pada muka anaklah.
Dari FB Ahmad Nazrul memaklumkan petang tadi, tali pengadang telah siap dipasang di sekitar kubur Nurly.
Tali ini dipasang sendiri oleh ahli keluarga Nurly. Tidak dibenarkan sesiapa sahaja melintasi tali pengadang ini.

Pihak Pejabat Agama daerah Besut akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang melakukan sebarang perbuatan yang tidak sepatutnya di kawasan kubur ini. Rondaan malam juga akan dilakukan dari masa ke semasa.

Harap maklum.Kredit:-FB Ahmad Nazrul. Dalam setiap kejadian, Allah mengajar kita sesuatu. Untuk kita belajar dan terus mengenal-Nya.

Bukan buat perkara2 yang boleh mendatangkan perbuatan merugikan diri sendiri di akhirat kelak. Letaklah tauhid di hati kita dengan keteguhan iman. Insya Allah kita akan selamat
dunia dan akhirat.
Dua minggu lebih telah berlalu, namun kemalangan tragis melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masih lagi segar dalam ingatan ramai. Walaupun rata-rata daripada kita tidak mengenali kesemua mangsa secara langsung, namun tragedi yang menimpa mereka benar-benar menyayat hati.
Pelajar-pelajar yang terselamat telah mendapat rawatan di hospital dan ada yang sudah dibenarkan pulang ke rumah. Ramai yang baik hati dan pemurah telah menyampaikan bantuan kepada mereka.
Dalam pada itu, pemergian 15 pelajar yang terkorban dalam kemalangan bas terbabit masih dikenang. Dari ‘kejauhan’, hanya doa yang mampu dihadiahkan kepada mereka.
Kematian sesungguhnya peringatan yang nyata untuk kita yang masih hidup di dunia ini. Namun, kematian juga boleh menghidupkan jiwa dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Itu yang dapat diungkapkan apabila melihat orang ramai menginsafi pemergian pelajar-pelajar terbabit termasuk Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman, 23.
Untuk pengetahuan, sehingga ke hari ini, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi pusara Allahyarhamah. Bahkan ada yang datang dengan rombongan menaiki beberapa buah bas.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok, Hafikah Hasim, dapat dilihat suasana di perkuburan Gong Pasir, Besut yang dipenuhi pelawat pada Jumaat.
“MasyaAllah, sangat-sangat ramai orang datang ziarah arwah Nurly,” kata Hafikah.
Dalam satu video yang lain, orang ramai juga turut berkunjung ke rumah ibu bapa Nurly.
“Di perkarangan rumah arwah Nurly. Allahu Akbar walaupun dah dua minggu makin ramai orang datang”
Dalam satu video yang lain, orang ramai juga turut berkunjung ke rumah ibu bapa Nurly.
“Di perkarangan rumah arwah Nurly. Allahu Akbar walaupun dah dua minggu makin ramai orang datang”
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa kagum bercampur sayu.
“Berlinang air mata bila tengok dan baca komen pasal arwah Nurly. Hebatnya arwah, macam mana pengakhiran kita nanti, bantulah saya Ya Allah,” kata seorang netizen.
“Kekuatan beliau mungkin pada ikhlas. Beliau belajar ikhlas kerana Allah, beliau menghafal Al-Quran ikhlas kerana Allah dan menulis Al-Quran ikhlas kerana Allah, maka Allah mengangkat darjatnya kerana perbuatan ikhlas itu. Semoga kita mendapat kebaikan dari contoh dan teladan ini,” kata seorang lagi netizen.
Terdahulu, kisah Nurly yang menulis naskhah al-Quran pada helaian kertas kosong bagi menguatkan ingatan untuk mengulang hafazannya menjadi tular.
Dipanggil juga sebagai tahriri, ramai yang meluahkan kekaguman kerana usaha Nurly yang menulis naskhah al-Quran tersebut.
Abang kepada Nurly, Mohd Najmuddin berkata Allahyarhamah menjaga al-Quran dengan sangat baik, bahkan tidak pernah tinggal mengulang al-Quran setiap hari.
Semoga roh Allahyarhamah Nurly dan 14 lagi pelajar yang lain dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.
Sumber : mingguan wanita
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply