Kematian tidak logik, Polis Siasat kedua ibu bapa Hud Aryan

KOTA BHARU – Polis Kelantan melakukan siasatan lanjutan terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada Rabu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, tindakan tersebut diambil kerana pihaknya mendapati kematian kanak-kanak lelaki terbabit seperti tidak logik.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah untuk siasatan ibu ayah, ahli keluarga serta penduduk setempat.

“Mungkin dipercayai ada unsur kecuaian,” katanya semasa sidang akhbar pada Khamis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan pada Khamis.

TANAH MERAH – Anggota yang terlibat dalam operasi dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung terpaksa berjalan kaki dan meredah air sedalam 0.6 meter sebelum menemukan jasad Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, 19 bulan, dalam keadaan terbujur kaku.

Mayat anak tunggal kepada pasangan Azean Nur Atikah, 34, dan Mohd Hafifi Saidi, 34, itu ditemukan tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada jam 4.15 petang.

Artikel Berkaitan:
Suasana pilu iringi pengebumian Hud Aryan
‘ALLAH sayangkan Hud Aryan’ – Keluarga reda, jasad ditemui selepas laungan azan di sungai
‘ALLAH pinjamkan Hud Aryan’
Redah air 0.6 meter sebelum jumpa jasad Hud Aryan di dahan pokok
Hud Aryan ditemukan meninggal dunia

Anggota SAR yang terdiri daripada pelbagai agensi serta penduduk kampung mencari Hud Aryan di sekitar kawasan rumah neneknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkifli Osman berkata, mereka berjaya menemukan kanak-kanak lelaki terbabit selepas menghidu bau yang kurang menyenangkan di kawasan tersebut.

“Sebenarnya pada hari Selasa kami sudah melalui kawasan itu menggunakan bot namun tidak menjumpai sebarang petunjuk kerana paras air dalam.

“Disebabkan tidak puas hati, kami (pasukan SAR) nekad ke lokasi untuk tujuan SAR kerana air semakin surut. Kami berjalan kaki di dalam air sedalam 0.6 meter,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Khidmat K9 digunakan oleh bomba untuk mencari Hud Aryan.

Menurut beliau, mayat Hud Aryan berada dalam keadaan cukup sifat dan lengkap berpakaian sepertimana hari dia didapati hilang.

Ujarnya, selepas 60 jam pencarian akhirnya kanak-kanak lelaki itu berjaya ditemukan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga di sini pada Isnin.

Difahamkan semasa kejadian, Hud Aryan berada di rumah neneknya yang terletak kira-kira 90 meter dari anak sungai sebelum disedari hilang oleh ahli keluarga

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*