Misteri kehilangan enam sekeluarga terjawab, orang ramai kerumun ketepi sungai.

LIHAT VIDEO PENUH DIBAWAH SEKALI…

Misteri kehilangan enam sekeluarga yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok, di sini hari ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa yang maut terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun.

Pada masa ini, Balai Bomba dan Penyelamat Jitra sedang menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa dalam kenderaan tersebut.

Apa yang lebih menghibakan, ahli keluarga mangsa yang berada di lokasi kejadian menangis apabila melihat jasad diangkat seorang demi seorang.

Terdahulu, media melaporkan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman, Jitra.

Hilang sejak Sabtu lalu

Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta anak-anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun disedari apabila mereka tidak pulang ke rumah di Jerlun dan gagal dihubungi.

Adik Mohd Azim, Nur Adliah Shuhada berkata, mereka kali terakhir dilihat pada malam Jumaat dan tidak menunjukkan sebarang masalah.

Difahamkan, anak sulung pasangan itu yang berusia 12 tahun tidak ikut serta dan tinggal bersama nenek.

Sumber: Kosmo!Online (Norlida Akmar Idros)

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*