
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah, pagi tadi.

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah, pagi tadi.

Kata Azura, dia masih menunggu laporan rasmi hasil bedah siasat dari pihak hospital untuk mengetahui punca sebenar kematian suami dan anaknya.
“Saya terkejut apabila mendapati suami tidak sedarkan diri dan bayi kami berada di bawah lengannya.

“Saya tak jumpa kesan darah atau cedera dan terus hubungi pihak hospital untuk bantuan sebelum suami disahkan telah meninggal dunia di rumah,” katanya.
Tambahnya, ketika kejadian bayinya itu masih bernyawa namun dalam keadaan lemah.
“Bayi kami meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” ujarnya ringkas.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md. Dali memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada hospital pada pukul 9.58 pagi.
“Kami dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30 tahun telah meninggal dunia di lokasi dan bayinya ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Pihak hospital mohon pasukan membuat pemeriksaan di kediaman tersebut sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” ujarnya.
Sumber : ohmy media
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply