Org tak putus2 kunjung Rumah, Akhirnya Ahli kluarga Minta Izin ‘Tutup Pintu’. Ini keadaan Bapa Arwh Nurly Shahirah

PETALING JAYA – Keluarga Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, Perak, 9 Jun lalu, memberitahu tidak akan menerima sebarang pelawat sehinga Sabtu depan.

Perkara tersebut disahkan abang kepada Allahyarham menerusi satu hantaran di Facebook, Mohd Najmuddin Azman, 28, berkata perkara tersebut bertujuan memberi ruang kepada keluarga khususnya buat kedua ibu bapa arwah yang tidak mendapat rehat yang mencukupi sejak kehilangan anak tercinta.

Maklumat tersebut turut dikongsi seorang pengguna media sosial memaklumkan keluarga Allahyarham Nurly tidak akan menerima sebarang tetamu bermula 2 sehingga 5 Julai.

Katanya, kediaman keluarga arwah juga ditutup sementara kepada orang ramai yang ingin menziarahi.

“Pihak keluarga Allayarham Nurly Sahirah tidak menerima tetamu bermula 2 Julai bersamaan hari Rabu sehingga 5 Julai, Sabtu.

“Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum. Harap dapat kerjasama sepenuhnya,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan abang kepada Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, Perak, 9 Jun lalu, menegur tindakan segelintir individu yang menziarahi pusara adiknya.

Mohd Najmuddin Azman, 28, menegaskan, tindakan mencium al-Quran yang ditulis semula Allahyarham boleh menimbulkan kekeliruan dalam akidah, walaupun mungkin niat asal hanya untuk mengambil berkat.

Sebelum ini, kubur pelajar UPSI itu tidak putus dikunjungi orang ramai, malah rumah keluarga arwah juga menjadi tumpuan pengunjung berziarah.

Kosmo! turut melaporkan seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar universiti itu dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, 9 Jun lalu.

Selain Nurly Shahirah, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu turut meragut nyawa
14 orang penuntut universiti berkenaan.

Bapa kepada penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nurly Sahirah Azman menasihati orang ramai agar menjaga adab dan tidak melakukan perkara bertentangan dengan ajaran
Islam ketika menziarahi kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang.

Azman Mohamad, 63, berkata beliau tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin menziarahi pusara ananya, namun berharap agar adab dan tatasusila tetap dijaga.

“Saya tak pasti mengenai dakwaan ada yang mengambil tanah kubur, sebab banyak masa saya berada di rumah. Tapi kalau benar ada yang buat begitu, saya harap mereka mohon maaf dan bertaubat kepada Allah,” katanya ringkas.

Selain itu, Azman turut mengingatkan kawasan perkuburan adalah tempat yang suci dan sewajarnya diziarahi dengan penuh hormat serta tujuan yang betul, bukan untuk perkara yang khurafat atau bertentangan dengan akidah.

“Saya tidak pasti (dakwaan ambil tanah kubur) kerana banyak masa berada di rumah namun sekiranya ada individu berkenaan berbuat demikian perlu minta maaf serta mohon ampun dengan Allah.

“Sekiranya ada individu berkenaan berbuat demikian perlu minta maaf serta mohon ampun dengan Allah.

“Tindakan mengambil tanah kubur untuk dijadikan sebagai azimat bertentangan dengan ajaran Islam kerana boleh mendatangkan khurafat serta syirik dan berdosa besar.

“Cukup sekadar sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah tidak perlu melakukan perkara tidak sepatutnya,” katanya.

Sumber : Kosmo

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*