Sekitar suasana 6sekeluarga kebumikn seliang lahad, Gambar no5 wajah Ank sulung tenang raih perhatian

Redha, tenang raut wajah anak gadis berusia 12 tahun ini. Walau diuji hilang ibu, ayah dan adik-adik sekelip mata, raut wajahnya tetap tabah.

Masih terbayang tutur kata tersusunnya dikala diaju soalan oleh wartawan. Baru beberapa bulan lalu di kehilangan seorang adik kembarnya, kini dia kehilangan seluruh keluarga.

Dia ingat pesan ibunya usah bersedih ketika adiknya pergi. Kali ini pesanan si ayah hadir dalam mimpi, dipegang kukuh.

JERLUN: Jenazah enam beranak yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam Sungai Korok, Jitra selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, di sini, jam 11.50 malam tadi.

Terdahulu, jenazah Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, dan empat anak mereka, Putra Rayyan Nur, 9; Hawa Adriana Nur, 8; Annayla Humaira Nur, 7; dan Tuah Haydar yang berusia enam bulan dibawa menaiki lima van dari Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar ke Masjid At Taqwa, di sini sebelum disembahyangkan.

Lebih 500 hadir terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai untuk memberi penghormatan terakhir kepada semua mangsa.

Dikebumikan bersebelahan anak yang meninggal 5 bulan lalu

Jenazah mereka dikebumikan berhampiran pusara Jebat Haydar, kembar anak bongsu pasangan itu, Tuah Haydar yang meninggal dunia Februari lalu.

Tragedi itu menyebabkan anak sulung pasangan itu, Puteri Qisya Nur Izzat, 12, kini yatim piatu disebabkan tidak mengikuti keluarganya bermalam di rumah ibu saudaranya di Taman Seri Aman, Jitra pada malam sebelum kejadian.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita membuat laporan polis selepas abang dan kakak ipar serta empat anaknya gagal dihubungi selepas mereka keluar dari rumah kira-kira jam 5.30 pagi Sabtu lalu.

Bagaimanapun, jasad keenam-enam mereka ditemui semalam dalam kereta Proton Iswara yang mereka naiki dipercayai terbabas dan tenggelam dalam Sungai Korok.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, suasana hiba menyelubungi seluruh ahli keluarga terutama anak sulung pasangan terbabit yang terselamat kerana tidak turut serta bersama keluarganya pada hari kejadian, yang menyaksikan kesemua insan tersayang terkorban.

Sabtu lalu, enam beranak itu pada awalnya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah ahli keluarga di Taman Seri Aman, Jitra pada kira-kira 5.30 pagi.

Misteri kehilangan enam beranak itu akhirnya terjawab apabila waris mengesahkan kesemua mayat yang ditemukan di dalam kereta yang berada di dalam Sungai Korok di Kampung Kemboja, Jitra pada awal pagi Isnin, ialah keluarga terbabit.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim dilapor berkata, polis percaya kereta dinaiki enam sekeluarga itu telah terbabas terus ke dalam sungai berkenaan berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian.

Beliau berkata pemeriksaan di kawasan kejadian juga mendapati kemalangan berkenaan tidak melibatkan kenderaan lain memandangkan tiada kesan kemalangan atau kesan brek.

Sementara itu, adik kepada Mohamad Azim Izat, Nor Syafiqah Ishak, 28, berkata beliau bagi pihak keluarga menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari keluarga abangnya sehingga kesemua jenazah berjaya ditemukan.

“Terima kasih kepada semua pihak berkuasa, polis dan bomba serta semua orang awam yang bersama-sama memberikan maklumat sehingga semua jenazah berjaya ditemui.

“Doakan kami sekeluarga kuat dan dipermudahkan segala urusan kami semua selepas ini,” katanya.

Sumber : Bharian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*