Reaksi sayu Ank sulung kpada 6sekeluarga ‘Pergi’ lepas kreta dlm sungai, Tak sangka Ini pesanan trakhir Ayah

Anak sulung kepada Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi iaitu Putri Qisya Nur Izzat, 12, mendedahkan dia sempat bermimpi arwah bapanya pagi tadi sebelum menerima berita kematian yang melibatkan ahli keluarga.

Menurut laporan Kosmo!Online, Putri Qisya yang sekelip mata menjadi anak yatim piatu berkata arwah bapanya menyampaikan pesanan menerusi mimpi yang meminta agar dia untuk jangan bersedih.

Pesanan terakhir arwah bapa. “Saya tertidur di sofa pagi tadi, tiba-tiba arwah ayah datang dengan wajah putih berseri dan beritahu, ‘jangan sedih, kami tengok kakak dari jauh. Tak apa ramai yang akan jaga kakak nanti’ sebelum menghilang.

“Saya terjaga dengan perasaan berdebar sebelum ternampak berita kematian mereka di media sosial,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini. Misteri kehilangan sejak Sabtu lalu terjawab.

Menurut Putri Qisya, ketika pesanan itu diberikan, dia berbaring di atas paha ayahnya, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, yang sedang duduk di sofa.

“Ibu pula tengah dukung adik kecil dan adik-adik lain pun ada… Muka ayah bersih dan pakai baju jersi yang sama sebelum keluar rumah Jumaat lalu,” katanya.

Bagaimanapun, selepas itu Putri Qisya tersentak dari tidur dan menyedari pesanan itu hanyalah mimpi semata-mata, jelasnya.

“Dalam pukul 8 pagi saya terjaga dari tidur dan terus ke bahagian depan sebelum nenek dan ibu saudara pesan supaya jangan risau. Mereka akan jaga dan tidak akan biarkan saya keseorangan.

Menurutnya, ibu dan adik-adiknya itu keluar ke rumah ibu saudaranya selepas waktu Isyak pada Jumaat lalu.

Katanya, memang sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga berkunjung ke sana namun kali ini hatinya berasa berat untuk ikut serta.

“Sebelum keluar, salah seorang adik cuba pujuk sebab katanya mereka nak jalan-jalan tetapi rasa macam tak mahu kali ini sebab dah selalu pergi,” katanya.

Tambahnya, sepanjang kehilangan keluarganya itu dia turut serta membuat pencarian di sungai bersama ahli keluarga lain.

“Hati saya memang berdebar-debar dan berasa tidak sedap semasa ikut mereka pergi mencari keluarga,” katanya.

“Masa itu, mereka tengah tengok siaran langsung operasi menaikkan kenderaan. Masa itu saya baru saya baru tahu keluarga terlibat kemalangan,” katanya.

Misteri kehilangan enam sekeluarga yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman, Jitra akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok, di sini hari ini.

Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9; Hawa Adriana, 8; Anayla Huma’ira, 7, dan Tuah Haidar yang baru berusia enam bulan.

Sumber : sinar harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*