Ini kemulian hati arwh 6 beranak semalam yg tidak dapat di lupakn oleh penduduk setempat.

PASANGAN yang ditemukan lemas bersama empat anak mereka dalam Proton Iswara di Sungai Korok di Jitra, Kedah mempunyai kemahiran menebar dan menghasilkan roti canai yang sedap.

Keenakan roti canai menerusi bisnes dikenali dengan nama Nuruzem Roti Canai itu menjadikan gerai makanan Mohamad Azim Izat Ishak dan isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi di Medan Selera Hospital Lama Alor Setar sering menjadi tumpuan pelanggan.

Perkara itu diakui beberapa pelanggan mereka berdasarkan perkongsian di TikTok yang dimuatnaik pada April tahun lalu.

“Saya cuba dah, memang surrr kena dengan tekak. Boleh ulang pergi makan banyak kali.

“Memang sedap, dah banyak kali makan. Anak-anak pun suka, siap bungkus bawa balik.

“Saya dah makan, kuahnya memang sedap, kira antara yang tersedap di Alor Setar,” kata warga maya.

Selain, itu faktor harga roti canai yang dijual dengan murah juga menjadi penyebab gerainya menjadi pilihan pelanggan.

“Terbaik, mana nak dapat harga RM1.20 sekarang ni. Moga kak dan abang murah rezeki. Terbaik,” kata pelanggan.

Berdasarkan video yang dikongsi itu juga Nurul Hidayah memaklumkan mereka meletakkan harga RM1.20 bagi sekeping roti canai untuk memastikan orang ramai dapat merasai makanan dengan harga mampu milik.

“Pelanggan kami banyak staf dan orang ramai yang ke hospital. Jadi kami jual pun tak mahal. Lagi pun sewa sini murah.

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup,” kata Nurul Hidayah.

Sementara itu, bagi warga maya yang baru menonton video berkenaan, masing-masing menzahirkan rasa tersentuh dengan kemuliaan pasangan itu dalam berniaga.

“Goosebump tengok video ni. Al-Fatihah. Semoga Allah kurniakan syurga tanpa hisap buat kalian.

“Si Suami orang yang betul-betul mencari nafkah untuk keluarga. Kerja pengawal keselamatan, tebar roti canai.

“Arwah kata meniaga untuk teruskan hidup. Allah… semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata netizen lagi.

Terdahulu orang ramai dikejutkan dengan berita penemuan enam beranak yang lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan tenggelam di dalam sungai.

Mangsa ialah Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, dan empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.

Pengesahan identiti itu disahkan oleh keluarga mangsa di lokasi kejadian.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*