Che Ta sedih atas pemergian mengejut anak saudara

Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa sedih atas pemergian anak saudaranya, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohammad Zaquan yang berusia 6 bulan, petang tadi.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, anak bongsu dari tujuh beradik itu meninggal dunia dalam tidur, kira-kira jam 1 tengahari tadi.

“Aisy Al Rees meninggal dunia dalam tidur, bila lihat arwah sudah tak sedar, Ayu Raudhah segera hubungi ambulans.

“Jenazah dibawa ke Hospital Rembau dan harap urusan pengebumian dapat diselesaikan malam ini,” kata Rozita.

Tambah Rozita, hari ini Aisy Al Rees berusia 6 bulan 9 hari dan mereka sekeluarga sangat terasa dengan pemergian mengejut bayi berkenaan. Arwah juga tidak demam mahupun sakit.

“Memang kami terasa dengan pemergiannya kerana Aisy bayi yang sangat baik.

“Kami sangat rapat kerana Ayu dan anak-anaknya sering datang bermalam di rumah saya.

“Boleh dikatakan setiap minggu mereka akan datang tidur di rumah, jadi anak-anak saudara memang rapat dengan saya,” katanya.

Terdahulu, berita pemergian Aisy Al Rees dikongsi bapanya yang juga pemain bola sepak Zaquan Adha menerusi Instagram Story.

Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos lalu. Selain Aisy Al Rees, Ayu dan Zaquan dikurniakan enam lagi cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 11; Muhammad Aisy Aryann, 10: Laura Zuleykha, 7; Muhammad Aisy Khaliq, 5; Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam berusia setahun.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*