
Enam sekeluarga dipercayai cuba menyelamatkan diri sebaik sahaja kenderaan dinaiki mereka terjunam dalam Sungai Korok, namun usaha mangsa tidak berjaya.

Menerusi temu bual bersama Kosmo! Online, Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada anggota yang menjalankan operasi penyelamatan, kesemua mangsa berkumpul di sebelah kiri bahagian belakang kenderaan ketika ditemukan.

Cubaan selamatkan diri tak berjaya.
“Kemungkinan ada cubaan untuk keluar daripada kenderaan namun tidak berjaya.
“Tiada cermin yang pecah, tapi anggota penyelamat bertindak memecahkan cermin dan lakukan pemotongan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang sudah dua hari di dalam air,” katanya
Sebelum ini.
Jitra: Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan dalam kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, hari ini.

Setakat ini operasi mengangkat mayat keenam-enam sekeluarga itu sedang dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.


Leave a Reply