
Jitra: Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan dalam kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, hari ini.

Setakat ini operasi mengangkat mayat keenam-enam sekeluarga itu sedang dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.
Enam mangsa terbabit adalah pasangan suami isteri dan empat anak mereka yang berusia enam bulan hingga 9 tahun.
Ahli keluarga yang berada di lokasi dilihat menangis ketika jasad mangsa diangkat seorang demi seorang.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita membuat laporan polis selepas abang, kakak ipar serta empat anak mereka gagal dikesan sejak Sabtu lalu selepas pulang bermalam di rumahnya di Taman Aman, dekat sini.

Nur Adliah Shuhada Ishak, 20-an berkata, abangnya, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, yang menetap di Jerlun datang bermalam di rumahnya Jumaat lalu bersama isteri dan empat anaknya.

Katanya, mereka selalu datang bermalam di rumahnya dan biasanya pulang pada awal pagi sebelum abangnya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan itu masuk kerja.
Susulan sebelum ini kisah mereka, ALOR SETAR – Enam beranak termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu lepas.


Leave a Reply