PDRM salur b4ntuan RM58,000 hingga RM269,000 kepada waris ins1den FRU

Waris kepada anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dan cedera dalam kemalangan tragedi FRU di Jalan Chikus–Sungai Lampam bakal menerima bantuan kebajikan antara RM58,000 hingga RM269,000, bergantung kepada kelayakan dan tahap kecederaan.

Bantuan pelbagai skim dari PDRM akan disalur ke waris mangsa tragedi FRU

Memetik laporan dari Buletin TV3, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata bantuan ini melibatkan pelbagai skim sedia ada di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi berkaitan.

“Antaranya Tabung Kebajikan PDRM yang memberi sumbangan RM1,200 kepada anggota yang meninggal dunia ketika bertugas, dan ia telah disampaikan hari ini,” katanya dalam sidang media di IPD Hilir Perak.

Jumlah bayaran kepada waris tragedi FRU akan ditentukan

Beliau turut menjelaskan, Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara memperuntukkan RM25,000 kepada waris mangsa yang maut, manakala mereka yang cedera kekal akan menerima antara RM8,000 hingga RM11,000, dan bagi kecederaan ringan pula sebanyak RM1,000 disediakan.

“Jumlah bayaran akan ditentukan berdasarkan penilaian pakar perubatan,” jelasnya lagi.

PDRM akan terus menjaga kebajikan semua anggota

Selain itu, Skim Ex Gratia Bencana Kerja PDRM turut memberi pampasan pukal RM20,000 dan bayaran bulanan tertakluk kepada tahap kehilangan upaya. Turut disalurkan ialah RM11,000 daripada IPK Perak, serta khairat kematian RM1,500 daripada Koperasi PDRM.

Pampasan insurans pula dianggarkan antara RM36,000 hingga RM211,000, bergantung kepada jumlah caruman individu.

“Keseluruhannya, bantuan yang disalurkan menunjukkan komitmen PDRM dan kerajaan dalam menjaga kebajikan anggota yang terkorban atau cedera semasa menjalankan tugas,” kata Ayob Khan sambil merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa mewakili seluruh warga PDRM.

Kredit foto: Polis Diraja Malaysia

Artikel lain: Pemandu lori tragedi FRU ada pelbagai rekod jenayah lampau -KP Perak

Terdahulu, sebuah lori merempuh trak yang membawa anggota FRU, mengorbankan lapan anggota di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Teluk Intan. Dua lagi anggota berada dalam keadaan kritikal.

Insiden ini terjadi selepas konvoi selesai menjalankan tugas di Teluk Intan dan dalam perjalanan pulang ke Sungai Senam, Ipoh. Pihak polis sedang memastikan semua prosedur dan SOP FRU dipatuhi sepanjang operasi tersebut.

Sumber: Buletin TV3

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*