Terkini, 8 Anggota FRU negara terkorban

8 anggota FRU m*ut nahas dengan lori batu di Teluk Intan

TELUK INTAN, PERAK – Sekurang-kurangnya lapan dilaporkan m*ut dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus -Sungai Lampam di sini pada Selasa.

Maklumat awal memaklumkan, kesemua mangsa yang m*ut merupakan anggota FRU dengan sebahagiannya cedera parah akibat tersepit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan jam 8.54 pagi melibatkan kenderaan FRU membawa 15 penumpang dan pemandu.

“Setakat ini mangsa yang disahkan m*ut seramai lapan orang. Mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke hospital.

“Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian,” katanya.

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan.

Sinar Harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*